Thursday, 29 August 2013

Ikhlas mencoret..:)


Assalamualaikum melodi hatiku ~

Muslimah bagiku..



Indahnya wanita secantik pekertinya
Terpesona mata dek kerana lembut tuturnya
Anggun langkahnya
Manis penampilannya
Tunduk pandangannya
Luas pengetahuannya
Ikhlas lakar senyumnya

Duhai mawarku
Terpelihara kelopakmu dek kerana duri
Memelihara kesucian harummu
Seperti mana utuhnya hati kerana imannya
Itulah muslimah yang sebenar

Wanita
Kau begitu indah bak mawar di pagi
Kau sangat disayangi dan dipuja
Namun kealpaanmu akan membuat kau hilang segala nikmat-NYA
Peliharalah mahkota itu
Nescaya sesalan itu tidak menghampirimu

Bukit Ekspo,UPM
26 Mac 2013
Hak milik : Shafadzir.blogspot.com


Keabadian cinta ini hanya untuk-Mu

_Melodi Hatiku_


No comments:

Post a Comment