Tuesday, 18 November 2014

SUKSES ITU MILIK SEMUA..

Rasa bangga melihat kejayaan insan lain..
Rasa bersemangat melihat usaha giat mereka..
Rasa tercabar melihat senyuman bahagia mereka..
Rasa berkobar-kobar mahu mengikut jejak langkah mereka..
Akanku atur langkahku ke sana..
Pasti!

P/s: tuntutlah ilmu tanpa rasa lelah

Wednesday, 12 November 2014

Cincin itu milik siapa?

Dari jauh ku lihat..
Bulat mataku memandang..
Berdetik hatiku berkata..

"Mungkinkah aku pemiliknya?

Angan yang indah mulaku cipta..
Impian yang tinggi mula terbina..
Namun aku lupa..
Ya aku lupa...

Hanya PemilikNya yang tahu..
Adakah cincin itu untukku..

Tuesday, 11 November 2014

1/2 separuh half

Kau di sana..
Sempurna..

Aku di sini..
Tidak seberapa..

Namun keikhlasanmu..
Meruntun hatiku..
Duhai insan..
Jujurkah hatimu?

P/s: aku insan penuh kekurangan.

Monday, 10 November 2014

Always with me

Your love i once surrendered,
has never left my mind

My heart is just as tender,
as the day i called you mine

I did not take you with me,
but you were never left behind..

Thursday, 28 August 2014

Cinta Tak Pergi..

Sudah sampai tika dan waktu
Untuk aku berterus-terang
Adakah kau, adakah kau kan terima
Cincin ku beri tanda bermula
Kisah cinta yang sejati
Jangan kau ragu cinta dariku
Ku terima adanya kamu
Walau apa yang terjadi
Hatiku ini telah terkunci
Oleh mata dan hatimu
Bertahun lamanya kita melalui segala
Suka dan duka
Kini masa sudah tiba membina istana
Kita kan bersama
Menempuh segala cinta dan rindu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu
Bertahun lamanya kita melalui segala
Kita kan bersama
Menempuh segala cinta dan rindu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu
Semoga ikatan yang kita bina terus membara
Sampai akhir waktu jadi penentu pemisah kita
Inilah cerita kisah paling indah jika
Cinta tak pergi
Cinta tak pergi
Cinta tak pergi
#TomoknYana#Bestever
p/s : lagu ini berjaya menyentuh jiwaku :)

DiHati kau ada..

Alahai kasih..
Semakin mencabar dugaan semakin hampir kau melangkah...
kentalnya hatimu kasih..

Alahai kasih..
meski waktu dan jarak mencemburui..
degil kau menghampiri..

Terima Kasih. Danke schon. Merci

p/s : aku menghargai usaha kamu..
aku menantikan janji itu terlaksana..
ku tunggu kau menjadi imamku..

MH_FaSha

Tik Tok Tik Tok...

Waktu..dekatlah jarak antara kami..
Biarkan cinta ini mewangi..

Seharum mawar yang dibasahi embun..
Mekar di hujung ranting..

Waktu..setiakanlah hati kami..
Semoga tetap utuh kepercayaan kami..

MH_FaSha

Tuesday, 22 April 2014

U b a t

Tiada..
tiada..
tiada..

tiada ubat yang mampu menyembuh luka di hati..
kecuali bercinta dengan-NYA..

Aku hamba..kau?sama juga..:)

Ratu Hati..

Maaf..andai aku tak sempat..
Maaf andai aku kaku..
Maaf andai aku tidak mampu..
Maaf merelakan..

Apakah kau juga merasa..
isi hati ini..
rindu ini telah lama bersarang..
maafkan aku ibu...

Wednesday, 5 March 2014

Lenggok sombongmu..

Tegap pohonmu sungguh meneduhkan
Sejuk hati melihat lambaianmu di atas sana
Harummu menusuk deria hidung

    Putihmu tidak lah jemu
    Di puji dara jelita
    Namun tidak lah sampai untuk memetikmu
    Melenggokmu sombong di hujung dahan

Alahai sayang
Sombongmu itu tiada lah untungnya
Akhirnya kau jatuh berserak 
Tanpa ada tangan yang menyentuh

    Lenggokmu kini di atas tanah
    Yang menunggu layu..

Hak Milik : Shafadzir.blogspot.com

hanya_MH

Tuesday, 25 February 2014

Merindu..

Jarak ini bukan menghukm..
tetapi menjaga jarak antara kita :)

p/s : Semoga kamu sentiasa sihat di sana..dan fokus dengan praktikal kamu :)

Kadang kala terbayang kamu di sekitar tempat ini.._MH


Friday, 7 February 2014

Selamat hari lahir..Happy birthday :)

08.02.2014

Kepada shafiqah,

Selamat hari lahir yang ke-22 tahun..semoga awak terus terus terus terus berusaha untuk 
mencapai segala cita-cita awak..kekalkan semangat awak tau !

- terus melangkah jangan berhenti ya !

p/s : terima kasih kepada sesiapa yang wish, n ingat my birthday..

- ikhlas dari saya shafiqah :)


nah kek untuk diri sendiri :) yummy !

Wednesday, 5 February 2014

Kenyit mata = T.I.P.U


Geli hati bila teringat zaman masa kecil dulu..
kalau dulu kalau mak nak pujuk atau nak cari alasan selalu guna sign ney..
" kenyit mata tak pun eja t.i.p.u "
masa tu zero lagi so cepat termakan la bila mak pujuk..hehehe

- situasi tidur tengah hari -

mak : cepat tidur nanti ada orang jahat tangkap
adik : betul ke along ? ( sambil adik tengok muka kakaknya )
mak : betul..( sambil mak kenyit mata kat kakak )
kakak : ya..betul..tidur2..( menurut perintah )


- situasi nak beli ais krim -

kakak : mak nak beli ais krim 
adik : eh, tak boleh makan..ada ulat..
kakak : hah ? ( sambil tengok mak )
mak : T.I.P.U ( mengeja )
kakak : oh..okey..( menurut perintah )


* Hahaha kesian kan dekat kakak terpaksa menurut perintah 
* Tidur tengah hari = susah nak pujuk budak tidur tengah hari
* Ais krim = kegemaran budak tapi tidak elok makan selalu
* Kenyit mata & eja t.i.p.u = supaya rahsia 
tidak terbongkar..hihihi( berkesan budak berumur < 5 tahun ) :)

- bercerita berdasarkan pengalaman _MH -


22 = 2 jari ?


Bila tengok i/c rasa macam tak percaya..dah 22 tahun..
rasa macam baru je habis sekolah..
Macam-macam dah yang dilalui..pahit manis..
Hermmm..Lepas habis degree..cadangan nak sambung lagi..
sebab rasa macam tak puas lagi nak keluar zaman universiti..

Masa berlalu terlalu pantas hingga kadang-kadang kita terleka dengan perkara 
yang ddepan kita..dan bila kita berpaling, rupanya banyak tahun dah berlalu..
betul tak? yelah mana ada orang jalan mengundurkan ? hehe

me : haishh...nervousnya dah 22..huhu
my mom : dulu saiz tapak kaki 2 jari je..sekarang dah 5 jari...
friends : oh dah 22, tak sabar nak keja, beli kereta, kawin..ada baby..

( comel kan ? ) wink2..(^_~)_MH

Tuesday, 4 February 2014

Be Careful With My Heart :)

Cuti sem ney diceriakan dengan drama Be careful with my heart..
So, bila pukul 3 memang tepat di depan tv..nak tgk sir chief n maya..huhu :)
Episod hari ney sweet sangat..
Comel je berlatih menari untuk prom night..:)
Kenapa bukan richard yang menari dengan maya..hehe
excited tunggu episod esok...

noted : Mr.fh saya cakap jadi diri sendiri lagi best..
  memang ler..saya terima dia sebab dia jadi diri dia lah..huhu



stay cute _MH


Sunday, 2 February 2014

Perlu kah begitu?

Mengapa perlu segelintir antara kamu mempersoal rezeki kami?
Bukankah setiap manusia itu telah ditetapkan rezeki oleh-Nya..

Mungkin kami biasa-biasa sahaja walaupun kami mencuba..
Mungkin kami kelihatan rendah meski hampir di menara gading..
kerana di mata kamu kami hanya kanak-kanak yang salah memilih..
Hidup ini penuh warna warni..kadangkala kita perlu keluar daripada kelompok itu..

p/s : sabar wahai rakan kerana InsyaAllah akan ada rezeki buat kita :)

-Ya Allah kekalkan lah semangat menuntut ilmu didada kami dan murahkanlah rezeki kami..Amin.._MH



Kekal - sahabat

Sejauh mana kaki ini melangkah..sejauh mana aku cuba membawa diri..
Namun hati ni tetap ada satu ruang untuk kamu semua..
Sedalam mana hati ini terluka tetapi tidak sekutik aku menyimpan rasa
ingin membenci..
Meskipun persahabatan itu kian kering..tidak lagi dibasahi gelak tawa..
Namun kasih ku kepada kalian masih sama kerana kenangan ini ku bawa bersama..

p/s : Kepada sahabat-nad tiq wan..
       kamu akan sentiasa di hati meski kita jauh :) -sha



* Tahniah untuk adik tiq..n wan..tiada gambar disini bukan beerti tiada di hati :)


#Maniskamumanis

p/s : Awak..
Saya akan ingat hari itu sebagai kenangan kita..
Selamanya~
Saya harap tidak ada perasaan menyesal dalam hati kita kerana mengenali 
antara satu sama lain :)
Aku harap kita akan sampai di penghujung cinta kita nanti..
#Genting#2013





_MH

Friday, 31 January 2014

Disebalik cantik..

Sejauh mana pemahaman kita tentang cantik?
adakah dari segi parasnya..tubuh badan..budi bicara? hati?

Cantik yang sebenar terletak pada keperibadian seseorang ..
Mungkin fizikalnya biasa-biasa aje..tapi peribadinya lawa..
Apabila cantik dalam maka secara automatiknya akan terlihat dari luar..
Keikhlasan hati itu bukannya boleh dibuat-buat..:)


p/s : Untuk cantik kita perlu belajar muhasabah diri..
        tapi kena la jaga jugak penampilan diri okey..
        baru la balance..make-up? of course..kata perempuan..hoho     _MH

Thursday, 30 January 2014

Happy Chinese New Year :)

* Gong Xi Fa Cai k.jier n michelle :)

makan besau elok-elok ya kawan ..
nak mintak angpau kat sapa ni...hey u! nak angpau hehe..



* Tahun kuda..oooo tahun awak eh? hehe




Si comel fh..

Keletahmu selalu mencuit hatiku..
Semakin dalam aku mengenalimu semakin comel kamu sebenarnya..
" Hmm..banyak pulak baby nama macam kamu..hoho"

girl : kamu comel la..
boy : mana ada..kamu lagi comel..er er..
girl : tak2 kamu lagi comel..baik kamu mengaku sebelum saya merajuk :(
boy : ok2..saya comel..herm..:)
girl : yeayyyy !!!

Walaupun kadang kala lidah tergigit namun hati saya hanya ada kamu..

p/s : comel dengan saya ja okay..:)