Monday, 25 November 2013

Andai takdir itu milik ku dan mR.fh

Sesungguhnya aku sangat bahagia mengenangkan istana yang bakal dibina..
Hati ini berdegup kencang saat memikirkan hidup yang bakal kita hiasi..
Akan ku bahagiakan mu..akan ku berbakti kepadamu wahai suamiku..
Tidak sekali aku akan menyakitimu malah aku akan cuba menjadi yang terbaik dimatamu..
Mungkin aku bukanlah sesempurna wanita syurga lain..tetapi aku akan cuba sedaya upaya 
menjadi bidadarimu di dunia mahupun di akhirat kelak..InshaAllah..

Walau badai melanda aku akan sentiasa memeluk lengan mu..
tanda aku akan menghadapinya bersamamu..
Wahai mr.husband akan aku indahkan hari-harimu..senyuman ini hanya milikmu..
percayalah istana kita nanti akan dihiasi bunga-bunga cinta kita..
aku ingin menjadi penyejuk mata dan penenang dihati..

p/s : kehadapan bakal suamiku..
       sesungguhnya aku sungguh tidak sabar menantikan saat itu..
       aku harap jodoh kita berkekalan hingga ke akhirnya..






Sesungguhnya perancangan Allah itu hebat..
Usah mengeluh bila diuji..kerana Dia menguju mengikut kemampuan hambaNya..
ikhlaskan hati mu maka kebahagiaan itu milik mu..


p/s : sentiasa percaya bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri mu shafiqah :)


Andai harta ini setanding dengan jasamu..

Kehadapan bonda dan ayahanda..
anakanda mu kini telah hampir di menara yang kalian impikan..
namun anakanda mu khuatir perjalanan ini hanya separuh jalan..

Duhai bonda..kau doakanlah perjalanan anakanda mu ini lancar..
wahai ayahanda kau doakanlah puteri mu ini agar sentiasa tabah menghadapi 
ujian disepanjang perjalanan ke menara itu..

Sesungguhnya puteri mu ini sangat kerdil tanpa kalian disisi..
Terasa asing di bumi sendiri..namun ku gagahkan jua demi amanah yang dipikul..
Di sudut hati yang paling dalam sememangnya impian ku untuk membanggakan kalian..

p/s : tetapkan hati ku untuk membalas jasa kalian :)



Monday, 18 November 2013

SWEET JOURNEY :)

Cuti buat sendiri kali ni kaki ni melangkah ke Genting highland, Bukit tinggi n 
Taman Pertanian 4 musim (tapi kecewa sebab tutup)
so,apa yang menarik perjalanan kali ni ? erm..mungkin sebab pergi dengan 
my fh kot..:)

Halangan : kereta sewa xda n then hujan lebat..haishh
tapi ada gak rezeki nak pergi jenjalan.hoho

journey sweet journey : " daki " tanah tinggi genting -> lari turun ke bukit tinggi -> 
taman pertanian 4 musim -> the mines -> upm 

coretan : genting highland biaso jah..bukit tinggi best sebab orang tu 
first time pergi..cantik..xpanas sangat kali ni..(fuhh nasib baik)



cun ho kuda malaysia..hehe




upss tersama gaya :)





wishing well :)












black swan yang cengei..:)






kami ke japanase village..penatnya mendaki nasib baik ada orang tolong 
bawak kan beg..(tenkiu awak..hehe)





teringat cite doremon yang main layang2 ikan ni..huhu



comel ho rumah ney..*we moving here !!! haha



haaa..sampai suda..:)


upss..xmuat la encik..






semangat adik ni..hehe









hehe..bulat2


hmm..tinggi no..

* babak pilihan : 

krik..krik..eh, keluar asap lah..
ouh,ya?cuba buat sekali lagi..
hahhh (hembus nafas )..nampak x?
NO SMOKING! 
reaksi orang tu terkejut n malu orang tgk..
n sorang lagi lari sebab berjaya kena kan orang tu..hehe

f2_Melodi hatiku :)

Monday, 4 November 2013

SeDeTIK BeRSaMA KAmU_FASHA

Tatkala ayat itu kau lafazkan..deruan ombak menjadi alunan muzik..
pasir pantai menjadi pentas..angin menjadi " flower girl " yang menari keriangan..
sunset menjadi saksi..

#upss ! terjiwang suda..hehe

Terima kasih kerana membuat hati saya tersentuh..kamu sentiasa
berjaya mendapat perhatian daripada saya..
kerana saya rasa apa yang kamu rasa..

Kalu saya cakap saya pilih kamu bermakna tiada tempat untuk orang lain
di hati saya melainkan kamu seorang..
( tapi family sentiasa ada lar..hihi )

p/s : pegang erat tangan ini jangan dilepas kerana saya sudah bersedia
berjalan seiring dengan kamu..meskipun banyak rintangan mendatang :)













hanya di melodi hatiku :)

Salam Maal Hijrah semua :)

Assalamualaikum melodi hatiku..
Pengakhiran yang penuh warna..ada suka..ada duka..namun
hati tetap tabah menghadapi..walaupun kadang kala hampir melatah..

Sentiasa positifkan diri dan tajamkan akal fikiran
Bersemangat mendapatkan result yang terbaik dalam pelajaran..
Jangan sekali ucapkan " i dah give up " untuk tahun yang baru..hehe

Buat sahabat yang sentiasa bertakhta dihati saya..saya ingin memohon maaf 
andai terkasar bahasa mahupun tingkah laku..
kalian sentiasa menjadi kenangan manis buat saya..meskipun 
kita pernah bertelingkah namun sedikit ianya tidak terkesan di hati saya..

saya sudah lama memaafkan sesiapa yang pernah menyakiti hati saya :)

ucapan istimewa : buat kamu..saya harap kita sentiasa tabah menghadapi
hari yang mendatang dan sentiasa gigih berusaha mencapai matlamat kita..
semoga dilimpah rezeki dan kesihatan yang baik..

- semoga impian itu milik kita -